Antarabangsa

Perubahan Iklim Memberi Kesan Kepada Kesihatan Mental

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HOUSTON, 10 September 2022 – Sekumpulan saintis terkemuka antarabangsa membuat kajian bahawa perubahan iklim boleh membawa kesan sampingan kepada kesihatan mental seseorang.

“Perubahan iklim, jika tidak ditangani, boleh membawa musibah ke atas kesihatan mental seluruh populasi,” kata sekumpulan saintis berkenaan.

Dalam laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) mendedahkan, peningkatan cuaca ekstrem boleh meningkatkan kadar penyakit mental.

Mengikut kajian itu, 46 peratus daripada penduduk di kawasan terdedah bencana dipercayai mudah mengalami gejala gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) dan 41 mangsa yang terselamat mempunyai gejala kebimbangan (anxiety).

Berdasarkan kajian berkenaan, saintis menerbitkan istilah baharu seperti ‘trauma iklim’, ‘kebimbangan iklim’ dan ‘kesedihan eko’ untuk menerangkan keadaan kesihatan mental yang dicetuskan oleh kesan perubahan iklim.

Wayne Young, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Harris, pihak berkuasa kesihatan mental yang dibiayai oleh kerajaan dan negeri Harris County berkata, beliau mula menyedari mangsa banjir yang melanda Houston menunjukkan gejala trauma seperti gangguan tidur, kebimbangan dan ketidakupayaan untuk mengawal emosi.

“Mereka menjadi hiper-emosi, dan berubah,” katanya.

Menurutnya gejala yang sama turut terjadi pada anggota kakitangannya.

“Apabila hujan lebat, kakitangan mula merasa tegang dan ingin menutup pejabat,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: