Dunia Kini Dalam Era Panas Melampau – Setiausaha Agung PBB
SWITZERLAND, 01 Ogos 2023 – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa “era pemanasan global telah berakhir” dan “era ‘pendidihan’ global telah tiba”.
Jelasnya, bulan Julai 2023 ditetapkan sebagai bulan paling panas pernah direkodkan.
Perkara ini turut disahkan oleh para saintis iklim PBB yang lain susulan kebakaran yang berlaku di rantau Mediterranean yang merebak ke sembilan negara.
BACA JUGA: Pemanasan Global: Mediterranean Terbakar, 9 Negara Dijilat Api
BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Baling: Petani Hilang Punca Rezeki
BACA JUGA: Puting Beliung Rempuh 2 Perkampungan Di Melaka
Memetik “dekad pemanasan yang jelas dan dramatik pada dekad” sejak 1970-an, Pengarah Perkhidmatan Iklim WMO Chris Hewitt pula berkata, 2015 hingga 2022 menyaksikan lapan tahun paling panas dalam rekod, berdasarkan set data 173 tahun.
Dengan cuaca ekstrem “menjadi normal baharu”, Guterres merayu untuk “lonjakan global dalam pelaburan penyesuaian” demi menyelamatkan berjuta-juta daripada kesan perubahan iklim, terutamanya di negara membangun.
Beliau berkata, negara maju mesti membentangkan pelan hala tuju yang jelas dan boleh dipercayai untuk menggandakan pembiayaan penyesuaian menjelang 2025. Tambahan pula, semua kerajaan harus melaksanakan pelan tindakan PBB yang bertujuan memastikan semua orang di planet ini dilindungi oleh sistem amaran awal menjelang 2027.
“Langkah-langkah termasuk meletakkan harga pada karbon dan mendapatkan bank pembangunan pelbagai hala untuk meningkatkan pembiayaan untuk tenaga boleh diperbaharui, penyesuaian dan kehilangan dan kerosakan,” kata beliau lagi.