Israel Mesti Tamatkan Perang Di Gaza – Trump
JUMAAT, 26 Julai 2024 – Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menggesa agar Israel mempercepatkan penamatan perang dengan Hamas dengan hujah bahawa konflik yang berlarutan itu adalah sebuah mimpi negeri bagi “perhubungan awam” terhadap Israel.
Kenyataan Trump tersebut telah dikeluarkan sewaktu beliau berucap pada Fox News pada Khamis lalu, di mana beliau menyatakan bahawa peperangan itu hendaklah segera ditamatkan. Ujarnya lagi,
“..(ianya) kerana mereka sedang hancur dengan publisiti ini, dan kamu tahu bahawa Israel tidaklah begitu bagus dalam perhubungan awam”.
Trump yang merupakan sekutu rapat bagi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu beliau berada pada kerusi tertinggi pentadbiran AS. Beliau turut pernah menyifatkan dirinya sebagai “presiden AS yang paling pro-Israel dalam sejarah”.
Trump juga telah membuat sekatan terhadap Iran atas permintaan Netanyahu, memindahkan kedutaan AS di Israel ke Jerusalem Barat serta menjadi orang tengah dalam Abraham Accords, sebuah jalur perhubungan yang mana Israel telah berjaya menormalisasikan hubungannya dengan Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi serta Sudan.
Dalam tempoh beberapa bulan sejak Israel mengisytiharkan perang terhadap Hamas, Trump walau bagaimanapun telah beberapa kali menyeru agar Netanyahu segera menyelesaikan konflik tersebut dengan Hamas.
Pada Mac lalu, Trump juga telah membuat kenyataan yang ditujukan kepada Netanyahu tentang kepentingan menyelesaikan konflik tersebut serta mencapai kedamaian.