Antarabangsa

Lelaki Gay Paling Banyak Dijangkiti ‘Monkeypox’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 23 Mei 2022 – Kes cacar monyet atau Monkeypox di United Kingdom (UK) kebanyakannya melibatkan lelaki gay atau biseksual, lapor Utusan Malaysia.

Berdasarkan laporan yang diterbitkan Utusan, UK kini telah merekodkan tujuh kes jangkitan cacar tersebut namun, kebanyakan di antaranya sama sekali tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan Portugal pula memaklumkan bahawa, terdapat lima orang lelaki telah disahkan positif dan puluhan lagi orang dianggap sudah dijangkiti penyakit itu.

Menurut terbitan itu, Sepanyol merupakan negara yang berjaya mengesan kes jangkitan cacar monyet ini buat kali pertama dan melaporkan lapan orang lelaki turut dijangkiti penyakit cacar monyet berkenaan manakala Amerika Syarikat (AS) pula sedang memantau enam individu yang dijangkiti.

Penyakit ini merupakan jangkitan virus yang jarang sekali berlaku serta jangkitannya adalah lebih ringan dan kes pertama kali direkodkan di Republik Demokratik Congo pada tahun 1970an.

Demam, sakit kepala dan ruam kulit yang bermula dari muka dan kemudian merebak ke seluruh badan merupakan antara gejala cacar monyet.

Susulan dari itu, Kementerian Kesihatan Singapura turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengekalkan standard tinggi kebersihan peribadi, elakkan dari berada dekat dengan kesan luka seseorang yang dijangkiti mahupun yang sudah meninggal dunia atau haiwan serta mengelakkan daripada mendekati haiwan liar dan memakan daging spesis hidupan liar.

Walau bagaimanapun, portal berita Bernama melaporkan bahawa risiko untuk virus cacar ini tersebar ke Malaysia adalah rendah melainkan seseorang itu mempunyai sejarah bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti ataupun berhubung secara lansgung dengan pesakit yang menghidap jangkitan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ada memaklumkan bahawa kemungkinan untuk transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantau perkembangan situasi virus melalui laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari masa ke semasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: