Tempatan

Pengharaman Rokok Sesuatu Yang Kejam – Zaid Ibrahim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 02 Januari 2022 – Datuk Zaid Ibrahim, peguam yang pernah memegang jawatan Menteri Hal-Ehwal Undang-Undang suatu ketika dahulu tampil menyuarakan bantahan terhadap usul pengharaman rokok yang dikemukakan baru-baru ini.

Beliau yang juga mantan Pengerusi Democratic Action Party (DAP) Kelantan menyifatkan pengharaman rokok tersebut sebagai sesuatu yang kejam terhadap masyarakat massa.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Saya menganggap ini sebuah usaha yang kejam dan bersifat populis, diperjuangkan oleh mereka yang ingin membina nama sendiri,” ujar beliau dalam hantarannya di laman Facebook.

Peguam tersebut menjelaskan bahawa pengharaman rokok hanya menyekat perokok daripada kenikmatan rokok atas nama maslahat awam sedangkan terdapat pelbagai hal lain yang lebih merbahaya berbanding rokok.

“Rokok sering menjadi ‘punching bag’ kerana mereka yang berlagak bagus adalah sebenarnya pengecut yang tidak berani bergasak dengan mereka yang mempromosikan produk atau servis yang betul-betul mengancam kesejahteraan kita,” tegas beliau.

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menyuarakan hasrat untuk mengharamkan pembelian rokok bagi mereka yang lahir selepas tahun 2005, sekaligus mencipta sebuah pengharaman mutlak rokok buat generasi akan datang.

 

Leave a Reply

Back to top button