TERKINI Angka Kematian Gempa Turkiye-Syria Kini Lebih 21 Ribu, Lepasi Ramalan WHO
ISTANBUL, 10 Februari 2023 – Jumlah kematian akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria kini membabitkan sekurang-kurangnya 21,051, menurut kenyataan pihak berkuasa kedua-dua negara, melebihi angka kematian yang diramalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut laporan antarabangsa, pegawai dan pegawai perubatan di Turkiye berkata, 17,674 orang telah meninggal dunia di negara itu dan angka yang diterbitkan oleh kumpulan Syrian White Helmets pula memaklumkan bahawa seramai 3,377 orang telah meninggal dunia di Syria.
Beberapa hari lalu, WHO meramalkan jumlah kematian boleh meningkat sehingga 20,000 orang berdasarkan keadaan semasa.
BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: Kedutaan Turkiye Pohon Bantuan Barangan Keperluan Buat Mangsa
BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: JAKIM, JAWI Laksana Kutipan Derma Setiap Jumaat
BACA JUGA: Lepas Hina Nabi Muhammad SAW, Charlie Hebdo Terkini Perolok Bencana Gempa Turkiye
Menurut, AHAD, agensi pengurusan bencana Turkiye, mereka telah merekodkan hampir 650 gegaran susulan sejak dua gempa bumi – 7.8 dan 7.6 magnitud – melanda, menjadikan usaha menyelamat lebih sukar dan berbahaya apabila pasukan kecemasan melakukan operasi di kawasan bangunan yang terjejas.
Semalam, samudera.my melaporkan, Kedutaan Turkiye memohon kepada para sukarelawan yang hendak menghulurkan bantuan untuk membekalkan barangan keperluan buat mangsa gempa bumi di republik berkenaan.