Tempatan

Ramai Mengadu Sesak Nafas Selepas Booster

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2022 – Netizen menyatakan bahawa mereka mula mengalami rasa sesak nafas dan sakit di bahagian dada selepas mengambil dos penggalak.

Persoalan yang dicetuskan oleh @addien90s, bagi pihak rakannya ini mendapat ratusan jawapan mengenai kesan-kesan yang dialami oleh penerima-penerima booster shot yang lain selain diciap sebanyak 3,128 kali setakat artikel ini ditulis.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

“Siapa yang dah booster ada rasa nafas pendek tak? Nak tarik nafas tu macam tak puas? Anyone? Askin for friend.”

Menurut @amirez, beliau mengalami degupan jantung kuat dua minggu selepas mendapat dos penggalak.

“Lepas 2 minggu booster tiba² jantung degup kuat sangat sampai bergerak² badan lebih kurang 1-2 minit sebelum back to normal. Seminggu lepas tu jadi lagi. 2 hari lepas rasa jantung tak selesa. Semalam lak rasa letih sangat. InshaAllah esok nak ke klinik, risau gak ni.”

@nrlafya pula mengalami sakit dada, sesak nafas, semput dan sakit kepala sehingga sekarang.
“I don’t know if this is normal but after booster shot til now sakit dada tak hilang-hilang, not excruciating pain, tolerable pain but not going away. cepat kebas, nafas macam tak smooth, macam tarik nafas lebih skit, dada sakit. semput, selalu pening kepala.”

Simptom lebih kurang sama juga dialami oleh @Shaf1194 walaupun sebulan telah berlalu sejak beliau menerima booster shot. Ini membuatkannya tidak lagi mahu menerima dos penggalak selepas ini.

“Sama! 2nd jab rasa lebih bersemangat dari 1st jab. 2nd jab demam 1 hari. Tapi 3rd jab ni demam 2 hari lepas jab. Pastu sampai sekarang on off sakit dada & sesak nafas + rasa macam nak pitam + lutut & sendi sakit, lagi teruk dari sebelum ni. Saya pun tak nak dah booster dose pasni.”

Manakala @shazlan_90 menyatakan beliau kembali mendapat asma, setelah bertahun pulih.

“Saya ada asma dulu, sudah bertahun tak kena, lepas booster saya terpaksa pergi emergency untuk ambil gas sebab semput tak boleh nafas masa tidur.”

Sebelum ini, kisah ibu tunggal, Christina Selvamoney, 50, mendapat perhatian setelah dua jari tangannya berdepan risiko dipotong, kesan daripada menerima vaksin.

Beliau kini sedang berusaha mendapatkan pandangan kedua daripada pengamal perubatan swasta bagi menyelamatkan jari-jarinya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat sekurang-kurangnya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 3 minggu setelah menerima vaksinasi COVID-19.

Terdahulu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memandang serius serta mengkaji kesan sampingan dos penggalak kerana menurutnya, sudah ramai mengatakan ianya memberi kesan kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.

“Apapun, pihak KKM wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai. Ramai yang menyebut hal ini di sosial media. KKM kena ambil perincian setiap kes.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: