Tempatan

Akta 342 Masih Berkuat Kuasa Walaupun Negara Berada Dalam Fasa Endemik

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 April 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa walaupun negara sudah beralih ke fasa endemik, namun Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa sehingga kini.

“Putrajaya: Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa walaupun kini negara berada dalam Fasa Peralihan Endemik.”

Beliau menjelaskan perkara tersebut dalam hantaran di Twitter miliknya beserta dengan imej grafik mengenai 7 komponen utama dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19 yang antaranya adalah mewajibkan pemakaian pelitup muka dan keperluan vaksinasi.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkongsi imej grafik daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai langkah-langkah yang perlu ditititikberatkan oleh orang Islam ketika pergi ke masjid.

Sewaktu bermula wabak pandemik COVID-19 di Malaysia, Perdana Menteri Ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

“Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa,” tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: