Antarabangsa

Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Para sami dan pemimpin kumpulan yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Narendra Modi menyeru supaya pembersihan etnik dilancarkan di India, terutamanya terhadap umat Islam di India.

Seruan untuk membunuh dan menyerang tempat ibadat golongan minoriti itu tersebut dilaungkan oleh beberapa penceramah dalam sebuah sidang kemuncak yang berlangsung selama tiga hari dari 17 sehingga 19 Disember 2021 di bandar Haridwar anjuran Yati Narsinghanand, tokoh Hindutva yang penuh kontroversi.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

“Boikot secara ekonomi tak akan berjaya. Kumpulan-kumpulan Hindu perlu majukan diri mereka. Pedang cuma nampak bergaya atas pentas sahaja. Peperangan melawan umat Islam boleh dimenangi oleh mereka yang mempunyai senjata yang lebih baik,” tegas Yati Nasinghanand di hadapan hadirin yang sedang bersorak.

Seorang lagi penceramah, Sadhvi Annapurna, Setiausaha Agung Hindu Mahasabha secara terbuka menyeru pembunuhan besar-besaran umat Islam dilancarkan.

“Tidak ada yang mustahil tanpa senjata. Jika kamu mahu hapuskan populasi mereka jadi bunuhlah mereka. Bersedialah untuk membunuh dan bersedialah untuk masuk ke penjara. Jika 100 dari kita bersedia untuk membunuh 20 lakh (ratus ribu) dari mereka tentulah kita akan berjaya, dan pergi ke penjara,” kata Sadhvi Annapurna.

Para penceramah juga memetik pembunuhan besar-besaran dan penghalauan umat Islam Rohingya dari Myanmar sebagai contoh dan menyeru supaya polisi yang sama juga diamalkan di India bagi membolehkan usaha untuk pembersihan etnik umat Islam di India.

Penyertaan para pemimpin BJP yang memerintah India seperti Ashwini Upadhyay dan Udita Tyagi ke majlis tersebut telah dilihat secara umum sebagai tanda galakan dan pengiktirafan kerajaan India bagi sidang kemuncak ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: