Tempatan

Lebih Daulat Raja Itu Apabila Lebih Banyak Doa Yang Dia Terima – Prof Shamrahayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2022 – “Setiap raja mesti ada Al-Quran. Berilah setiap rakyat satu rumah Quran itu, satu rumah ada satu salinan Quran, hari-hari orang Islam ini baca Quran,” ujar Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz.

Beliau menceritakan, sewaktu ke Terengganu menghadiri program di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 24 Januari 2022, beliau melihat sendiri nama Al-Quran yang telah ditulis bagi pihak istana menggunakan tangan dan diletakkan nama Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin lll.

“Itu daulat Raja, sebabkan Raja ini berdaulat kerana rakyatnya dan kalau kita tahu sejarah Malaysia ini, maknanya Islam itu berada dalam institusi beraja dan setiap negeri itu ada qurannya sendiri.”

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hal ini, beliau mengatakan bahawa jika rakyat membaca Al-Quran yang diberikan oleh Raja itu maka, akan lebih banyak lagi daulat Islam itu kepada Raja.

Hal ini dikaitkan dengan konteks sesebuah negara, rakyat perlu berdoa untuk pemerintah.

“Lebih daulat Raja itu apabila lebih banyak doa yang dia terima.”

Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz di dalam bengkel bersiri anjuran Wafiq yang dijalankan pada 26 Januari 2022 selama lebih kurang 7 jam itu menerangkan lagi bahawa kekuatan Islam ada pada Raja dan kekuatan Raja itu ada pada Islam. Begitu juga dengan para pentadbir.

Jadi rakyat memilih pemimpin demokrasi walaupun melalui saluran demoksrasi itu maka ia juga mengukuhkan kedudukan Islam kerana Islam itu agama bagi persekutuan.

Turut hadir bersama Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz bagi menjadi panel di dalam bengkel anjuran Wafiq dengan kerjasama YADIM dan MACSA itu ialah Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Tn Surail Abd Kahar, Haji Abdul Rahim Sinwan dan Haji Zainal Shaikh Zakaria.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: