Tempatan

Sajat Persenda JAIS, Prof Rafidah Beri Teguran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 02 Mac 2022 – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ataupun Sajat sekali lagi mencuri tumpuan apabila dikatakan mempersenda Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi video yang viral di aplikasi Tiktok.

Video tersebut menunjukkan Sajat memperolok-olokkan JAIS dengan mengatakan institusi agama itu lembab dalam melaksanakan tindakan sehingga dia sempat melarikan diri ke Thailand.

“Kau lambat JAIS, mak dah gerak dah.”

Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi tersebut, @fichfahmi dengan hantaran, “Komen sajat kepada JAIS” dan dikongsikan oleh pengguna TikTok lain dengan lebih seribu perkongsian.

Isu ini turut mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Menurut Prof Rafidah Hanim dalam hantaran di Facebooknya, apa yang dilakukan Sajat dalam video Tiktok itu adalah sesuatu yang tidak mengejutkan.

Namun, atas dasar bimbangkan anak-anak muda yang akan terpesona setelah menonton video tersebut, beliau merujuk Surah Al-Mutaffifîn: 29, “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulu mentertawakan orang-orang yang beriman.”

Prof Rafidah Hanim turut meluahkan keyakinan beliau terhadap para pendakwah dan penguatkuasa JAIS, JAWI, JAKIM dan lain-lain yang sentiasa berpesan dengan kebenaran.

Prof Rafidah Hanim yang juga Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) turut menjelaskan, masih terdapat diskriminasi terhadap transgender di Australia walaupun negara tersebut sangat-sangat menyokong penukaran jantina dan penukaran identiti diri serta telah pun mengabsahkan perkahwinan sejenis.

Antara kajian pengkalan data kebangsaan Australia terbitan Januari 2021 yang dikongsikan beliau menunjukkan sebanyak 85% transgender mengalami depresi dan terdapat diskriminasi pekerjaan yang tinggi iaitu sebanyak 35% di negara tersebut.

Beliau turut menyatakan, walaupun tidak ada JAWI, JAKIM, JAIS dan undang-undang ke atas kegiatan transgender tetapi kadar diskriminasi, pengangguran, cubaan mencederakan diri, cubaan bunuh diri, depresi dan anxiety masih lagi tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: