Tempatan

Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2022 –
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Anti Diskriminasi Dan Salah Laku meminta Kementerian Kesihatan, Jabatan Penjara dan pihak kerajaan untuk menjawab isu berhubung kematian banduan-banduan di Penjara Kajang selepas disuntik dengan vaksin Covid-19.

Ini selepas mereka menerima satu salinan surat yang telah diviralkan mengenai isu kematian banduan-banduan tersebut.

“PPIM ingin bertanya kepada pihak kerajaan mengenai keadaan terkini isu ini. Ianya adalah khusus untuk menjawab kemusykilan anggota-anggota frontliner dan keluarga-keluarga mereka yang terkena tempiasan kesan Advers suntikan 1 dan 2 sehingga “booster shot” sebagaimana di lampiran Metro yang telah disiarkan pada tarikh 5 Disember 2021.”

Tambah PPIM dalam kenyataan media mereka, NGO itu juga menerima banyak pertanyaan daripada pengguna dan beberapa keluarga banduan.

Justeru itu, PPIM meminta supaya perkara ini dijawab pihak-pihak berkenaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, KKM dan kerajaan Malaysia sendiri.

Selain itu, PPIM juga memaklumkan akan mengadakan satu sidang media berhubung isu ini esok pagi di Our Private Place, Tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button