Tempatan

#SembangSekolahSemua: Gerakan Pendidik Dan Ibu Bapa Bantah Elemen LGBTQ Di Sekolah – MACSA & i-Guru

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KENYATAAN RASMI || GERAKAN PENDIDIK DAN IBU BAPA BANTAH ELEMEN LGBTQ DI SEKOLAH

Kami pihak guru dan ibu bapa merasa gusar dengan aktivis pro-LGBT yang telah secara terbuka ingin mempromosi gaya hidup tersebut dalam kalangan pelajar sekolah.

Instagram SekolahSemua di bawah tagline #SembangSekolahSemua telah menjemput aktivis pro-LGBTQ, Nu’man Afifi untuk memperkatakan perlunya persekitaran sekolah yang menghormati kepelbagaian seks, yang termasuk orientasi seks songsang seperti homoseksual dan biseksual. LGBTQ juga merangkumi budaya lesbianism dan transgenderisme.

Ini adalah satu bentuk promosi terbuka elemen LGBTQ, yang kini telah cuba untuk dibawa masuk ke sekolah dan berselindung di sebalik kempen “sekolah selamat”.

Sekolah hanya akan selamat dengan ilmu agama yang benar dan sahih, tentang larangan agama terhadap homoseksualiti, biseksualiti dan lesbianisme.

Sekolah hanya akan selamat jika maklumat kesihatan yang jujur dimaklumkan, bahaya seks anal, dan bahaya seks bebas. Laporan “Malaysia Global AIDS Monitoring 2020” menunjukkan prevalens HIV dalam kalangan homoseksual adalah 21.6% manakala bagi transgender 10.9%. Kadar ini sangat tinggi. Kadar jangkitan HIV dalam kalangan mereka yang berumur 15-19 tahun (umur lingkungan pelajar sekolah) ialah 4%.

Sekolah hanya selamat apabila para pelajar kita ditanam dengan konsep mencegah lebih baik daripada merawat, dan bukannya kaedah seks selamat dengan terus melakukan aktiviti berisiko.

Sekolah juga hanya akan selamat jika pendidikan seksual diberikan sepenuhnya dalam kerangka kekeluargaan.

Sekolah hanya akan selamat jika kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Barat.

Joe Biden selepas beberapa jam mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) menggantikan Donald Trump, menandatangani Arahan Eksekutif yang boleh ditakrifkan sebagai mengiktiraf dan mempromosi hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia.

Arahan Eksekutif ini menyebabkan
kanak-kanak perempuan di sekolah di US pula terpaksa berkongsi tandas dengan kanak-kanak transgender. Sebelum pengisytiharan terbabit, ibu bapa dan penjaga menuntut tandas kanak-kanak perempuan di sekolah tidak dibuka kepada kanak-kanak transgender yang dikatakan menghidapi gender disforia.

Kes ini menimbulkan bantahan besar di sekolah di negara berkenaan kerana kanak-kanak perempuan tidak berasa selamat.

Adakah sekolah di Malaysia akan berhadapan dengan tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah sebegitu?

Sekolah hanya akan selamat jika anak-anak kita tidak terpengaruh dengan dakyah mereka terperangkap dalam jantina yang salah atau “born this way theory”.

Ribuan anak-anak dan remaja di UK dan US diperdaya untuk mengambil ubat menghalang baligh “puberty blocker” kerana mereka ingin menukar jantina. Di UK, ibubapa terpaksa menubuhkan organisasi bernama Transgender Trend yang membantah garispanduan disediakan oleh pihak pro LGBT bernama Stonewall ke sekolah-sekolah, yang antara lain menyokong dan mempertahankan rawatan mencegah baligh, dalam menyokong anak-anak ini mengubah jantina. Dilaporkan ada anak-anak semuda 11 tahun telah dipengaruhi.

Di US, oleh kerana gerakan mempengaruhi pelajar sekolah dengan elemen LGBT terlalu hebat, negeri Arkansas terpaksa menggubal akta “Arkansas Save Adolescents from Experimentation (SAFE)” bagi mengharamkan “puberty blocker” dan pembedahan pertukaran jantina yang ditawarkan oleh pro-LGBT kepada pelajar-pelajar sekolah.

Oleh kerana ini, kita mesti menyelamatkan sekolah kita dari anasir pro-orientasi seks songsang yang bercanggah dengan agama, dan ideologi transgenderisme.

Kerajaan mesti tegas mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang mempromosi elemen yang bertentangan dengan agama, budaya dan Perlembagaan Persekutuan serta Rukunegara di bawah Akta Hasutan.

KENYATAAN BERSAMA:

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Presiden WAFIQ
Pengerusi Bersama MACSA

Mohd Azizee Hasan
Presiden i-Guru

DISOKONG OLEH:

Ahli Gabungan

1. Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU)
2. Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia ( MAPPIM)
3. Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Perak (PPSAR)
4. Pertubuhan Kebajikan Pendidik Ummah Malaysia (PENDIDIK)
5. Pertubuhan Keilmuan Nasional
6. Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS)
7. Rabitah Institusi Pendidikan Rakyat Terengganu ( RABITAH)
8. Kesatuan Kebangsaan Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB)
9. Gabungan Sekolah Islam (GAPIS)
10. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
11. Majlis Taawun Pusat Pendidikan Islam Pahang (MANTAP)
12. Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah (PISA)
13. Pertubuhan Prihatin Tunas Insan Serawak (PUITIS)
14. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA)
15. Hanani Rahayu bt Abd Jalil (Pertubuhan Islah Movement)
16. Rosmarynda Mohamad Rasidi
(Muhajirah Wafiq) dan (Usrah Iqrak)
17.Pertubuhan Pembangunan & Inovasi Wanita (WADI Malaysia)
18. Dr Aini Hayati Abdul Rahim (i-Medik)
19.Reverend Tryphena Law (Pengarah Eksekutif PLUC)
20. Khairul Anwar Shazali
(Pertubuhan Halaqah Kemajuan Muslim Sarawak – HIKAM)
21. Mohd. Yazid Mohd. Salim
(Kenyalang Ma’aruf Club)
22. Adli Hafiz Abdillah
(Persatuan Penggerak Kenyalangku Sayang)
23. Cecelia Nigem
(Kenyalang Facilitators Club)
24. Mohd. Fakhrul Iman Mohd. Nur Furqan
(Kenyalang Prodigy)
25. Pertubuhan Prihatin dan Peduli Masyarakat Malaysia
26. Pertubuhan Insan Permata Disayangi-PINTAS ( Muhammad Saiful Chua Abdullah)
27. Damian Khairin (Kifahuna Jemaa)
28. Dato Razali bin Shahabudin (Yayasan Ihtimam Malaysia)
29. Hijrah Republique Network
30. Sekretariat NGO i Komuniti Hijrah
31. Gabungan Mi’raj
32. Islah Cinta Komuniti Perak
33. Pertubuhan Advokasi & Hak Asasi Wanita Antarabangsa Malaysia (i-AWARE)
34. Kelab Kebajikan Inspirasi Muslimah Cakna Antarabangsa Malaysia (INSPIRE)
35. Pertubuhan Sukarelawan Tun Teja Melaka (Tun Teja)
36. Persatuan Amal Barakah Malaysia (Amal Barakah)
37. Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (Penggerak Malaysia)
38. Persatuan Insaf Pahang
39. Tagupi Membaca
40. Yayasan Kasih Tauhid

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button