Tempatan

Perlembagaan Menjaga Akidah Umat Islam – Prof Shamrahayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SHAH ALAM, 31 Oktober 2021 – “Jadi di sini, perkara asas yang kita perlu ambil maklum ialah Perlembagaan Persekutuan menjaga akidah orang-orang Islam,” kata Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz.

Ia dapat dilihat di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama bagi negara dan memberi kebebasan kepada agama-agama lain untuk diamalkan dengan formula aman dan damai.

“Jadi di sini, pertama, jelas bahawa Perlembagaan Persekutuan menjaga kedudukan agama Islam itu,” ujar Profesor Shamrahayu yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) ini.

“Yang keduanya, dari segi kebebasan untuk mengembangkan agama lain dalam kalangan orang-orang Islam. Ini dijamin kedudukan penganut agama Islam itu mengikut peruntukan dalam Perkara 11.”

Ulas Profesor Shamrahayu, Perkara 11 memberikan bidang kuasa dan kuasa kepada Dewan Undangan Negeri atau pihak badan perundangan untuk membuat undang-undang bagi menyekat atau mengawal pengembangan agama ataupun doktrin kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam.

Tambah Profesor Shamrahayu, Jadual ke-4 Perlembagaan pula memaklumkan tentang autoriti ataupun pihak yang berkuasa untuk menjaga kedudukan agama ini.

“Jadual ke-4 Perlembagaan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mengambil sumpah, mengangkat sumpah dalam Perlembagaan itu bahawa Baginda akan mentadbir negara ini dengan setiap masa memelihara agama Islam bukan sahaja mengikut undang-undang ataupun menjunjung kedaulatan ataupun keluhuran Perlembagaan tetapi juga pada setiap masa memelihara agama Islam.”

“Jadi, jelas Perlembagaan meletakkan peranan agensi-agensi, peranan institusi-institusi untuk menjaga kedudukan agama Islam itu.”

Jelas beliau lagi, walaupun tidak dinyatakan secara nyata, secara harfiah, apakah mazhab-mazhab yang akan diangkat dalam perkara berkaitan Islam dan akidah Islam ini di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi pada peringkat negeri ada disebut bahawa sultan-sultan bagi sesetengah negeri yang disebut dalam
perlembagaan negeri-negeri tersebut seperti Kedah, Kelantan, dan Perlis menyatakan bahawa agama bagi Sultan itu adalah agama Islam.

“Semua Sultan, Raja pada peringkat negeri hendaklah Islam dan disebut di setengah-setengah perlembagaan itu untuk bermazhab ASWJ, dari segi akidahnya, dari segi Feqahnya, dari segi Tasawufnya dan Akidah al-Ashariah dan al-Maturidiah dan juga dari segi feqahnya ialah Imam as-Syafie dan al-Ghazali dari segi tasawufnya,” kata Profesor Shamrahayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker