Tempatan

Hina Institusi Beraja: Rela Mati Akibat Dangkal Kesedaran Dan Kefahaman – Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SHAH ALAM, 07 Jun 2021 – “Walaupun kita mempunyai undang-undang hukuman mati sekali pun, kalau seseorang itu tidak diberikan kesedaran dan kefahaman, penghinaan terhadap institusi beraja ini akan tetap berlaku. Mereka rela mati untuk itu.”

“(Oleh itu), kesedaran dan tindakan haruslah serentak,” ujar Penyandang Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz dalam sesi siaran langsung Facebook Live, Siri #10 Bual Bicara Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dengan tajuk ‘Hina Institusi Beraja: Salah Siapa’ Jumaat baru-baru ini.

Jawapan ini dinyatakan bagi menjawab persoalan dari moderator, adakah undang-undang sedia ada sudah tidak relevan untuk perkembangan semasa kerana semakin ramai yang dilihat berani mencabar kedudukan undang-undang dan institusi beraja.

Ujar Prof Datuk Dr Shamrahayu, Malaysia mempunyai hukuman bunuh bagi seseorang yang memerangi Yang di-Pertuan Agong. Kesalahan ini termaktub di bawah Kanun Keseksaan.

Tetapi bagi kesalahan menghina institusi beraja, hanya ada satu undang-undang sahaja iaitu Akta Hasutan.

“Sebelum ini, ada cadangan agar dibuat undang-undang yang sangat tegas dan ketat sehingga boleh mendatangkan hukuman bunuh dan sebagainya. Sebenarnya, Malaysia mempunyai hukuman bunuh bagi seseorang yang memerangi Yang di-Pertuan Agong. Kesalahan ini termaktub di bawah Kanun Keseksaan. Memerangi Yang di-Pertuan Agong ini maknanya melawan negaralah. Sekiranya dia berhasrat memerangi, belum buat, tetapi ada niat hendak buat, itu merupakan satu kesalahan di negara kita.”

“Tetapi bagi kesalahan menghina, contoh menghina melalui pernyataan, penulisan di media sosial, bukan dengan mengangkat senjata dan sebagainya, kita cuma ada satu undang-undang sahaja iaitu Akta Hasutan.”

Bagi Prof Datuk Dr Shamrahayu, undang-undang itu harus ada dan Akta Hasutan masih relevan.

“Undang-undang itu sudah memadai dan kita hanya perlu bertindak sahaja.”

“Dan kalau boleh, kita mahu penguatkuasaan itu berlaku sebelum penghinaan itu berlaku dengan cara memperkukuhkan pendidikan penerapan nilai patriotisme.”

Oleh yang demikian, menurut pakar Perlembagaan ini, pendidikan yang sempurna sahaja yang dapat membawa kepada penggunaan dan pelaksanaan undang-undang secara berkesan.

“Kesedaran mengenai kepentingan institusi beraja menjadi benteng sebelum kita pergi kepada penguatkuasaan undang-undang.”

“Maknanya kalau pendidikan itu dapat membina diri dan menjaga masyarakat, barulah undang-undang itu dapat digunakan. Education system itu efektif, barulah undang-undang datang dengan hukuman dan sebagainya.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button