Tempatan

Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – “Tahniah abang David Marshel… Tolong minta mereka untuk tanggalkan tudung…harap ibu dan anak-anak selamat.. Tuhan Berkati seluruh pasukan.”

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

Kejayaan Loh Siew Hong mendapatkan semula hak penjagaan anak-anaknya menerusi perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendapat perhatian ramai para netizen yang menyokongnya di media sosial. Salah seorang netizen yang menyokong, He Ma meminta agar David Marshel menanggalkan tudung anak-anak itu.

WhatsApp-Image-2022-02-22-at-3.38.07-PM.jpeg?resize=780%2C278&is-pending-load=1#038;ssl=1

Rasa teruja ini dicetuskan oleh pengumuman kejayaan Loh Siew Hong mendapatkan hak penjagaan yang diumumkan oleh David Marshel di laman Facebook. Ramai netizen mendesak beliau untuk mengorak langkah lebih lanjut, termasuklah memurtadkan anak-anak itu serta memenjarakan Ustazah Nazirah Nantha Kumari.

Loh Siew Hong dikatakan telah menghilangkan diri dalam tempoh 3 tahun sebelum ini, dan anak-anaknya itu dijaga oleh Ustazah Nazirah Nantha Kumari, pengasas sebuah yayasan Islam di Bayan Lepas.

Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, anak-anak itu mahir mengaji al-Quran dan memakai hijab selain mereka menyatakan keinginan mahu memeluk agama Islam bahkan sebelum ayah mereka, Nagashwaran Muniandy memeluk Islam.

Loh Siew Hong kemudian muncul semula dengan bantuan David Marshel, Ahli Majlis DAP Seberang Perai dan Satees Muniandy, ADUN DAP Bagan membuat laporan polis di Kepala Batas demi mendapatkan semula ketiga-tiga anaknya.

Ramesh Sugu yang mengaku sanggup berlawan demi masyarakat Tamil mendesak agar Ustazah Nazirah didakwa dan dipenjarakan kerana tahu beliau akan mengislamkan lagi masyarakat India.

Ramesh-Sugu.png?resize=626%2C195&is-pending-load=1#038;ssl=1

Junga Rengga Lingga pula mahu agar anak-anak itu dimurtadkan semula selain mengheret Mufti Perlis dan Ustazah Nazirah ke muka pengadilan.

JUNGA-RENGGA.png?resize=625%2C200&is-pending-load=1#038;ssl=1

 

Chandra Sakaran mendesak agar anak-anak itu diisytiharkan sebagai Hindu semula selain membatalkan keislaman mereka.

Chandra-Sakaran.png?resize=632%2C147&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: