Tempatan

Gunakan Teks Bahasa Melayu Perlembagaan Persekutuan – Ketua Wira PUTRA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – “Perlembagaan Persekutuan yang wajib dipakai adalah dalam Bahasa Melayu, yang mana konteksnya ibu atau bapa, bukan ‘parents’ yang memaksudkan anak itu terpaksa mengikut kedua-duanya,” kata Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Ketua Wira Parti Bumiputera Perkasa (PUTRA).

Ini susulan kes yang melibatkan akidah tiga kanak-kanak yang dituntut oleh ibu mereka, Pn Loh Siew Hong.

Baca: Teks Sahih Perlembagaan Bahasa Melayu: Sekarang Bukan Isu Terjemah, Tetapi Pelaksanaan – Dato’ Julita Ilhani

Baca: Perlis Perlu Murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Berdasarkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya. Perkara 12(4) ini menggunakan ‘parent or guardian’ dan bukan ‘parents or guardian’, yang mana ia membawa maksud ‘ibu atau bapa atau penjaga’.

Dalam kes ini, mereka memeluk Islam ketika mana menurut ayah mereka ibunya telah menghilangkan diri dalam tempoh yang lama dan tidak dapat dikesan. Sebagai penjaga ketika itu, bapa kepada kanak-kanak tersebut telah hadir ke pejabat agama dan menyatakan hasrat memeluk Islam bersama anak-anaknya.

Di Perlis, Subseksyen 117(b) berdasarkan pindaan enakmen pada 8 Disember 2016 oleh Dewan Undangan Negeri menyebut secara jelas kanak-kanak boleh masuk Islam dengan persetujuan ibu ‘Atau’ Ayah bukannya menyebut ‘Dan’.

Selain itu, himpunan yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi semalam bertujuan untuk menzahirkan solidariti bahawa tidak kira apa jua bangsa yang memeluk Islam, mereka layak merasai kasih sayang dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.

Nasrul Ali Hasan dan seluruh peserta himpunan berharap agar keputusan mahkamah berpihak pada yang benar dan tidak berdasarkan teras-teras luar yang bertentangan dengan prinsip yang dipakai oleh Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: