AntarabangsaEconomyEkonomi

Harga Minyak Jatuh Mendadak, Harga Pam Masih Kekal

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 28 September 2022 – Walaupun harga minyak dunia jatuh mendadak sehingga USD 76.71 setong, harga pam masih kekal di paras yang sama.

Lapor berita tempatan, penurunan harga minyak tidak menunjukkan isyarat akan reda apabila peniaga yang mengawal pasaran berusaha keras untuk menjadikan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) serendah USD 70 setong.

Dagangan West Texas Intermediate (WTI) diniagakan di New York yang merupakan penanda aras minyak mentah AS, berakhir pada USD 76.71 setong kelmarin, iaitu susut 2.6 peratus atau USD 2.03.

Manakala Brent, penanda aras minyak global diniagakan di London, berakhir pada USD 84.06, iaitu susut sebanyak 2.4 peratus atau USD 2.09 pada hari yang sama.

Kedua-dua penanda aras minyak jatuh kira-kira 40 peratus sejak mencecah paras tertinggi iaitu WTI sekitar USD 130 dan Brint pada hampir USD 140 pada bulan Mac lalu.

“Pemangkinnya mungkin adalah asas ekonomi, namun pastinya ada sasaran terhadapnya, dan sasaran itu amat teknikal,” kata Ketua Ahli Strategi Teknikal SKCharting.com, Sunil Kumar Dixit.

Jelasnya, WTI meletakkan sasaran USD 72 dan jika melepasi sasaran tersebut, ia akan menjadi USD 63. Dengan dagangan September yang berakhir pada Jumaat ini, WTI mengalami kesusutan sebanyak 14 peratus. Brent pula turun 13 peratus pada bulan ini manakala pada suku ketiga, ia 28 peratus lebih rendah.

Dalam pada itu, para pelabur mengelak daripada risiko di seluruh pasaran apabila kebanyakan bank global yang diketuai oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS melaksanakan kenaikan kadar lebih agresif dalam tempoh 40 tahun bagi mengelakkan inflasi.

Selepas bermula dengan hanya 25 mata pada Februari lalu, Fed telah menaikkan kadar sebanyak 300 mata pada tahun ini sekali gus merancang untuk menaikkan 125 mata lagi pada Disember.

Tindakan tersebut menyebabkan dolar melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun dan menjadi lebih kukuh. Walau bagaimanapun, situasi tersebut adalah buruk bagi komoditi yang ditetapkan pada harga dolar, seperti minyak mentah, kerana menjadikannya lebih mahal bagi pengguna mata wang euro dan lain-lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: