Tempatan

Sah Ada Ancaman Bom Di Integra Tower Jalan Tun Razak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2022 – Pekerja di Integra Tower, Jalan Tun Razak dikejutkan dengan ancaman bom hari ini.

Difahamkan polis menerima panggilan sekitar tengah hari mendakwa terdapat bom dipasang di pejabat KWAP di bangunan itu, lapor sebuah portal tempatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan mengenai  ancaman itu. Menurutnya, kesemua yang berada dalam bangunan itu diarahkan untuk mengosongkan bangunan serta merta.

Walau bagaimanapun, pada jam 4.30 petang, tiada bom ditemui di dalam pejabat dan skuad bom masih bersiap sedia di tempat kejadian. Pihak berkuasa masih mengepung bangunan itu sehingga mereka selesai memeriksa premis itu dan menganggapnya selamat.

Leave a Reply

Back to top button