Tempatan

Parti Politik, Agensi Kerajaan Didakwa Sering Sebar Maklumat Palsu – Kajian Terbaharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 September 2022 – Sebuah badan pemikir dari institut penyelidikan berstatus perundingan khas dengan Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan terdapat lima jenis pola penyebaran maklumat palsu yang sering digunakan agensi kerajaan, parti politik termasuk parti pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU).

Pengarah Serantau Asia Centre, James Gomez dalam satu kenyataan berkata, lima tinjauan pilihan raya umum terakhir mendapati kempen maklumat palsu yang konsisten biasanya dibina berdasarkan kepalsuan yang berkaitan dengan orientasi seksual dan pergaulan calon, rasuah, pilihan raya, integriti, serangan terhadap ahli politik wanita dan campur tangan asing.

Asia Centre juga memaklumkan, agensi kerajaan, parti politik atau pengurus kempen adalah kumpulan peringkat atas rantaian maklumat palsu yang mengarahkan penciptaan dan penyebaran berita palsu.

Seterusnya, pelakon-pelakon ini menghantar maklumat yang salah untuk menghilangkan kritikan, memburukkan lawan politik, dan memanipulasi aliran maklumat dan pendapat umum dengan menggunakan khidmat beberapa pihak untuk menyebarkan maklumat palsu tersebut.

“Pelakon ini mengkaji situasi politik ini dan seterusnya membangunkan strategi maklumat palsu berdasarkan keperluan pelanggan mereka, mendraf kandungan politik, membentuk grafik yang relevan, menghasilkan video dan dikongsikan untuk disebarkan.”

James Gomez sekali gus memberi amaran bahawa penyebaran maklumat palsu akan dipergiat menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang yang mana ianya mesti diadakan selewat-lewatnya September 2023.

“Semasa PRU-15, kita boleh menjangkakan jenis maklumat yang sama ini akan digunakan dan mengesyorkan semua rakyat Malaysia berhati-hati dengan maklumat berkaitan topik khusus ini,” kata beliau selain menambah berikutan pindaan perlembagaan ‘Undi18’, kempen pada PRU-15 akan menyaksikan golongan belia dijadikan sasaran utama parti politik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: