Terkini

Perlis Perlu Murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERLIS, 20 Februari 2022 – Batalkan penukaran agama tiga anak Loh Siew Hong, desak peguam Ramkarpal Singh terhadap pihak berkuasa Islam Perlis.

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: MCCBCHST Desak Murtadkan Anak Mualaf

Beliau mendakwa jabatan agama tersebut mungkin melakukan kesilapan kerana menganggap ibu mereka gagal untuk dikesan.

“Namun kini semua sudah jelas ibu mereka tidak pernah bersetuju supaya (anak-anaknya) memeluk Islam dan beliau mendapat hak penjagaan mutlak terhadap ketiga-tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu,” kata Ahli Parlimen DAP itu.

Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah menegaskan bahawa pemelukan agama Islam anak-anak tersebut adalah mengikut kehendak ayah mereka yang tidak tahu di mana bekas isterinya berada.

Anak-anak itu mahir mengaji al-Quran dan memakai hijab selain mereka sendiri mahu memeluk agama Islam bahkan sebelum ayah mereka, Nagashwaran Muniandy memeluk Islam, jelas mufti itu.

Selama ketiadaan ibu kepada anak-anak tersebut, mereka dijaga oleh Ustazah Nazirah Nantha Kumari, pengasas sebuah yayasan Islam di Bayan Lepas.

Ibu mereka, Loh Siew Hong dikatakan tidak muncul dalam tempoh 3 tahun dan kini muncul semula bagi mendapatkan hak penjagaan.

“Dengan pekerjaan saya sekarang, saya mampu simpan duit untuk bayar yuran guaman kes perceraian dan dapatkan hak jagaan anak,” kata Loh Siew Hong.

Ramkarpal berkata Loh secara terbuka tidak bersetuju dengan penukaran agama anak-anaknya kepada Islam, dengan mengambil contoh keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap M. Indira Gandhi pada 2018.

Menurut Ramkarpal, keputusan agama unilateral adalah muktamad di mahkamah tertinggi berdasarkan kes Indira, oleh itu, Jabatan Agama Perlis perlu membatalkan pengislaman anak-anak tersebut tanpa perlu membicarakan kes ini.

Peguam Shamsher Singh Thind yang mewakili Loh telah mendesak pihak berkuasa memberikan bukti bahawa Loh sudah bersetuju dengan pengislaman anak-anaknya selain menghantar notis undang-undang kepada pendaftar mualaf di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: