Tempatan

Siasat Ramasamy, Provokasi Liar dan Biadap! – Zai Mustafa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – “Kita menuntut bahawa kenyataan yang begitu liar dan juga melulu dari P Ramasamy disiasat oleh pihak polis kerana membuat provokasi kepada Majlis Agama Islam Perlis dan juga Mufti Zainul Asri Zainal Abidin.”

“Saya seru kepada semua NGO-NGO kita akan buat satu laporan polis di IPD Dang Wangi untuk polis siasat kenyataan yang biadap dari P Ramasamy.”

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis Perlu Murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

Demikian pernyataan tegas Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa yang menuntut pihak PDRM menyiasat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy atas kenyataan kontroversi beliau berkenaan isu pengislaman tiga orang anak Loh Siew Hong.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau semasa turut serta dalam Himpunan Solidariti Akidah yang digerakkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

“Dia telah mengambil pembantaian umat Islam di India untuk bawa masuk ke dalam negara kita,” tambah beliau lagi.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut, Pengerusi UMMAH itu menyeru semua pemimpin negara ini untuk bersatu dan menggembleng tenaga demi mempertahankan agama Islam dan akidah tiga orang anak Loh Siew Hong yang memeluk agama Islam dengan rela hati.

“Inilah kes Natrah yang kedua dalam negara kita dan umat Islam semuanya sekali mesti bersatu, pemimpin-pemimpin tidak kira pemimpin NGO, pemimpin agama, pemimpin masyarakat umat Islam, pemimpin politik mesti bersatu untuk kita mempertahankan akidah tiga anak yang telah diislamkan oleh Mufti dan juga oleh Majlis Agama Islam Perlis,” tegas Zai Mustafa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: