Antarabangsa

Masyarakat Uyghur Harapkan Suara Malaysia Perjuangkan Nasib Mereka

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 – Masyarakat Uyghur mengharapkan suara Malaysia untuk meyakinkan umat Islam seluruh dunia tentang ketidakadilan yang berlaku terhadap masyarakat tersebut, lapor sebuah portal berita tempatan.

Kata Pengarah Eksekutif Pusat Pengajian Uyghur, Abdulhakim Idris, walaupun masyarakat Uyghur mensyukuri sokongan daripada Malaysia, namun tindakan Malaysia untuk menjadi negara yang berkecuali sangat sukar untuk diterima.

Sebelum ini, Majlis Hak Asasi Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak usul untuk membahaskan penindasan terhadap komuniti umat Islam Uyghur di wilayah Xinjiang, China.

Dalam perdebatan itu, Malaysia bersama 11 negara lain telah mengambil pendirian sebagai negara berkecuali untuk membahasakan isu tersebut.

Tindakan Malaysia yang mengambil pendirian sedemikian turut mengundang kritikan apabila Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Polisi Pelarian, Ahmad Tarmizi Sulaiman mengatakan keputusan Malaysia itu tidak mencerminkan kesepaduan dalam membanteras kezaliman.

Malah, katanya tindakan PBB yang menolak usul untuk membahaskan dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh China kepada umat Islam Uyghur merupakan suatu perkara yang dikesali bagi sebuah organisasi yang sentiasa melaungkan hal-hal keamanan dan kemanusiaan.

Menurut satu laporan, kebanyakan negara mengelak untuk mengkritik China berikutan pengaruh ekonomi yang dimiliki serta kedudukannya sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: