Tempatan

Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 18 Februari 2022 – Enakmen Islam Perlis yang membenarkan sama ada ibu atau bapa mengislamkan anak bawah umur adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, menurut pemimpin DAP, P Ramasamy.

Tambah beliau, penukaran agama bukanlah permainan campur tolak, keputusan Mahkamah Persekutuan mesti dipatuhi demi kepentingan kanak-kanak dan juga Loh Siew Hong.

BACA: Kenyataan Dr P. Ramasamy Bersifat Provokatif Dan Melampau – Pengerusi PEMBELA

BACA: Tindakan P Ramasamy Satu Provokasi Berniat Jahat – YADIM

BACA: Ugut Bunuh Kes Mualaf: PEMBELA Desak PDRM Siasat 

“Cakap-cakap mengenai enakmen negeri Perlis membolehkan persetujuan seorang ibu atau bapa, si bapa beri izin penukaran agama, anak-anak mahu kekal sebagai orang Islam bukan sahaja bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tetapi alasan yang ultra vires kepada Perlembagaan negara.”

Selain daripada bertentangan dengan keputusan mahkamah tertinggi, negeri itu juga bertindak di luar bidang kuasa yang diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan, ujar P Ramasamy.

P Ramasamy turut menjelaskan bahawa alasan ibu tidak dapat ditemui pada masa kejadian bukanlah justifikasi untuk penukaran unilateral atau tidak beretika.

Justeru, pihak berkuasa agama sepatutnya berhati-hati dalam perkara ini dan tidak tergesa-gesa menukar agama mereka, kata beliau.

Tanpa persetujuan daripada Loh Siew Hong, penukaran agama anak-anaknya terbatal dan tidak sah, tegas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu.

Menurut Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya, anak-anak tersebut memeluk Islam atas dasar kerelaan mereka sendiri dan mereka diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis oleh bapa kandung mereka sendiri dan dijaga dengan sebaiknya oleh individu dan badan Islam yang terlibat.

“Tiada elemen paksaan, ancaman mahupun penculikan sepertimana didakwa oleh Dr P. Ramasamy.”Pada tahun 2016, Dewan Undangan Negeri Perlis telah meminda Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam berkaitan kapasiti pemelukan Islam kanak-kanak kepada frasa ‘ibu atau bapa’.

Oleh yang demikian, keperluan yang ditetapkan pihak legislatif bagi perkara tersebut adalah salah seorang ibu, atau bapa, atau penjaga sahaja, jelas Hj Aminuddin.

Leave a Reply

Back to top button