Antarabangsa

Minta Pelajar Tulis Esei Rasulullah, Pengetua Sekolah Karnataka Digantung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GADAG, 30 September 2022 – Seorang pengetua sekolah menengah kerajaan di daerah Gadag, Karnataka telah digantung tugas setelah meminta para pelajarnya menulis sebuah esei mengenai Rasulullah SAW baru-baru ini.

Lapor agensi media India, Pengetua, Abdul Munaf Bijapur telah menganjurkan sebuah pertandingan menulis esei mengenai Rasulullah SAW dan mengedarkan buku mengenai Baginda kepada 43 orang pelajar secara rahsia.

Pertandingan berkenaan dianjurkan tanpa pengetahuan tenaga pelajar lain ataupun jabatan pendidikan Karnataka. Beliau juga tidak menerima sebarang arahan sedemikian daripada kerajaan wilayah tersebut.

Selain itu, beliau turut menyediakan ganjaran wang tunai bernilai Rs 5,000 sebagai anugerah pertandingan esei berkenaan.

Siasatan telah dibuat selepas ahli Pasukan Tentera Rama (Sri Ram Sene) membantah tindakan berkenaan sekali gus pesuruhjaya, Sidrappa S. Biradar menjatuhkan hukuman gantung tugas terhadap pengetua itu.

Sharanappa Gowda Haplad, ibu bapa salah seorang pelajar terbabit dipercayai membuat aduan tersebut dan mengatakan, “Saya dapat tahu bahawa pengetua sekolah itu cuba menerapkan Islam dalam minda pelajar dengan mengadakan pertandingan menulis esei dan mengumumkan hadiah wang tunai Rs 5,000. Pelajar lelaki dan perempuan dikehendaki menulis esei untuk memenangi Rs 5,000.”

“Niatnya adalah untuk menukar pelajar, sebab itu saya maklumkan kepad aktivis Sri Ram Sene. Saya nak tahu apakah niat di sebalik penganjuran pertandingan esei mengenai Nabi Muhammad,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: