Antarabangsa

Ukraine Sokong Israel Serang Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 10 Ogos 2022 – Duta Ukraine di Israel, Yevhen Korniichuk menyatakan solidariti rakyat Ukraine terhadap misi serangan ketenteraan Israel ke atas rakyat Gaza.

“Sebagai rakyat Ukraine, semasa negara kami sedang diserang kejam oleh jiran yang berdekatan – saya berasa terlalu simpati terhadap rakyat Israel,” tulis duta Ukraine itu di laman Twitter beliau.

“Keganasan dan serangan jahat terhadap rakyat sudah menjadi rutin harian bagi rakyat Israel dan Ukraine,” tambah beliau lagi.

“Kita kena hentikan ia.”

Beberapa hari yang lalu, seramai 44 rakyat Palestin termasuk 15 kanak-kanak dan 4 wanita syahid terkorban susulan serangan Israel ke atas wilayah Gaza selama tiga hari berturut-turut.

Serangan selama tiga hari itu tercetus apabila Israel didakwa menyasarkan pejuang Palestin yang berpangkalan di Gaza. Ia telah mengorbankan 44 nyawa dan mengakibatkan kecederaan kepada 360 orang mangsa serangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: