Antarabangsa

Jenazah-Jenazah Terkeluar Dari Kubur Akibat Hujan Lebat, Bencana Alam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 06 Oktober 2022 – Menyayat hati, berikut merupakan situasi yang menimpa jenazah-jenazah yang terjejas dek bencana alam di sebuah tanah perkuburan di kawasan Kota Bandung, Indonesia.

Menurut ciapan sebuah akaun media sosial Twitter, bencana tanah runtuh telah berlaku di Tanah Perkuburan Sirnaraga susulan hujan lebat, sekaligus menyebabkan jenazah-jenazah yang tertanam ‘terjojol’ keluar dan dibasahi hujan

Sebuah perkongsian lain telah berkongsi rakaman keadaan di sana.

Pengguna yang sama turut berkongsi sebuah lagi rakaman yang menunjukkan lebih kurang lima sosok jenazah lengkap berkain kafan yang terkeluar dari liang lahad mereka akibat bencana alam tersebut.

“Bukan hanya 2 jenazah, banyak juga. Astaghfirullah,” luahnya sedih.

Baru-baru ini, media tempatan Indonesia melaporkan bahawa wilayah Bandung dilanda banjir susulan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: