PRU-15

“Memang UMNO Hendak PRU Awal, Penjenayah-Penjenayah Elak Dihukum Segera” – Tun M

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2022 – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam sebuah ciapan telah menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) awal adalah sesuatu yang dikehendaki oleh UMNO.

“Memang pun UMNO yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” berikut merupakan kenyataan beliau.

Dalam untaian ciapan yang sama, Dr Mahathir menyeru Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri, untuk tidak menyalahkan 12 orang Menteri Kabinet Perikatan Nasional, kerana pengetahuan dan persetujuan parti komponen adalah perlu dalam sesebuah keputusan yang bakal dibuat.

“Walaupun PM berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam Kerajaan campuran pengetahuan dan persetujuan parti komponen berhak memberi pandangan mereka,” tegas beliau lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan dikatakan telah menunding jari kepada 12 Menteri Perikatan Nasional dan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘punca’ mengapa Parlimen perlu dibubarkan segera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: