Tempatan

Tapak Masjid Tukar Kuil Hindu, AJK Bantah ADUN N9

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TAMPIN, 19 September 2021 – Satu memorandum bantahan telah dihantar kepada seorang ADUN Negeri Sembilan bagi membantah cadangan dan usaha pembinaan kuil di tapak pembinaan masjid.

Memorandum bantahan itu dihantar oleh Jawatankuasa Surau Taman Indah Baru kepada ADUN Kawasan Repah N36, YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam pada 11 September 2021.

Bukan sahaja ahli jawatankuasa surau, malah seluruh penduduk Islam Taman Indah Baru, Taman Clonee2 dan Bandar Utama Tampin tidak bersetuju dengan pembinaan itu.

Berdasarkan memorandum, tanah tersebut merupakan hak milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Pihak samudera.my sedang cuba menghubungi pihak jawatankuasa surau bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button