NGO

PRU-15: MDN Gesa Pemimpin Politik Utamakan Ukhuwah Islamiah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Majlis Dakwah Negara (MDN) memandang dengan penuh bimbang terhadap keadaan politik Umat Islam di Negara ini selepas menilai hasil pilihanBraya yang prosesnya berakhir semalam.

Bagi MDN, keadaan ini berlaku sebagai kesan secara langsung dan tidak langsung daripada kegagalan para pemimpin parti politik Umat Islam di negara ini dalam mengurus soal perpaduan ummah di kalangan mereka.

Tanpa menyalahkan mana mana pihak, MDN berpendapat tiada jalan lain bagi para pemimpin parti parti politik ini kecuali menginsafi diri masing-masing dan kembali kepada semangat persaudaraan Islam yang merupakan antara asas utama Perpaduan Ummah.

Bagi memudahcara proses perkembalian para pemimpin politik ini kepada semangat ukhuwah Islamiah antara mereka, MDN menyeru pertubuhan-pertubuhan NGO terutama yang berlandaskan Dakwah agar segera mengambil inisiatif memulakan proses muhasabah diri di kalangan para pemimpin politik ini agar perkembalian mereka kepada semangat persaudaraan Islam berlaku dengan teratur.

Prof. Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi
Pengerusi MDN

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: