Tempatan

143 Kawasan Sabak Bernam Terjejas, Tiada Air 3 Hari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 13 September 2022 – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, 143 kawasan di wilayah Sabak Bernam dan Hulu Selangor sedang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10:00 malam tadi, 12 September 2022.

Air Selangor menjangkakan bahawa gangguan air tersebut akan kembali pulih sepenuhnya pada jam 8:00 pagi, 14 September 2022.

Media tempatan melaporkan, gangguan bekalan air tidak berjadual itu berlaku susulan kebocoran paip di jajaran paip air terawat Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headworks (BRH), Hulu Selangor.

“Pelaksanaan kerja-kerja pembaikan bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di semua kawasan berkenaan,” menurut laporan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: