Antarabangsa

Kerajaan India Roboh Rumah Kariah Yang Bantah Gangguan Di Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADHYA PRADESH, 10 Oktober 2022 – Tiga Muslim dihukum selepas mereka mempertahankan diri mereka sewaktu puak pelampau Hindu berarak di acara tarian istiadat “garba”, bagi meraikan Dewi Durga (Navratri), lapor media antarabangsa.

Berikutan itu, pihak berkuasa India bertindak merobohkan rumah-rumah mereka dengan mendakwa rumah-rumah tersebut dibina secara haram.

Acara meraikan dewi tersebut bukan sahaja diadakan berhampiran masjid, malah, puak Hindu itu turut melaungkan laungan anti-Muslim dan nasionalis dalam perarakan tersebut.

Selain itu, seramai 14 Muslim ditangkap atas dakwaan “menangkap gambar dan mengganggu ketenteraman” sewaktu festival Hindu itu berlangsung.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan bahawa beberapa orang lelaki lelaki beragama Islam dilibas dengan kayu secara kejam dalam keadaan diikat pada sebuah tiang atas dakwaan sama.

Hukuman yang dipertontonkan di hadapan orang awam itu disambut dengan sorakan “Selamatlah India” oleh mereka yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: