Antarabangsa

Kumpulan Ekstremis Hindu Boikot Filem Aamir Khan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 01 September 2022 – Filem Laal Singh Chaddha yang diterbitkan oleh pelakon dan pengarah Bollywood terkenal, Aamir Khan, merekodkan kutipan tontonan yang mengecewakan susulan kempen boikot yang dikenakan ke atas filem tersebut.

Lapor sebuah portal antarabangsa, kempen memboikot filem tersebut yang banyak dikepalai oleh penganut Hindu berkasta atasan di India kebanyakannya bernada Islamofobia – iaitu sarat dengan mesej-mesej anti-Islam.

Protes-protes yang diadakan mengakibatkan filem tersebut yang berinspirasikan sebuah lagi filem pecah panggung yang diterbitkan Hollywood, Forrest Gump, hanya mampu mengutip lebih kurang USD 6 juta pada minggu pertama tayangan.

Menurut Ishant Sharma, salah seorang yang ditemuramah dalam laporan tersebut, kempen memboikot filem tersebut bukan kerana filem Laal Singh Chaddha itu sendiri, tetapi ia sebenarnya adalah protes terhadap Aamir Khan.

“Protes kita bukan terhadap Laal Singh Chaddha. Protes ini adalah terhadap Aamir Khan kerana dia telah menyinggung agama kita dalam filem PK,” ujarnya.

Seorang pengarah filem yang namanya dirahsiakan telah menyifatkan kempen ini sebagai sebuah usaha untuk “menghapuskan” suara orang Islam di khalayak umum.

“Ianya merupakan sebuah kempen yang mempunyai dua tujuan. Pertamanya, ia adalah untuk menghapuskan suara orang Islam. Bollywood adalah satu-satunya ‘benteng sekularisme’ yang masih berdiri. Tiada tempat lain yang anda akan jumpa orang Islam memegang ‘kuasa’ yang besar…dan BJP tidak gembira akan hal itu,” ujar beliau.

“BJP” yang disebutkan di atas merujuk kepada Bharatiya Janata Party, parti pemerintah kerajaan India kini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: