Tempatan

Ribut Petir Dijangka Langgar Hampir Seluruh Malaysia 3 Hari

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2022 – Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan ribut petir akan melanda hampir seluruh negara bermula petang ini 26 Oktober 2022 hingga 28 Oktober 2022 selama tiga hari berturut-turut.

Negeri-negeri sebelah utara melibatkan Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis manakala di bahagian Selantan pula, Melaka, Negeri Sembilan serta Johor.

Dalam pada itu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan negeri di sebelah selatan seperti Pahang, Terengganu, Kelantan, serta Sabah dan Sarawak, turut diramal dibadai ribut petir.

Namun, Wilayah Persekutuan Labuan antara kawasan yang tidak termasuk dalam senarai negeri yang dijangka berdepan fenomena tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan merancang perjalanan dengan baik supaya dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: