Tempatan

Tular Google Maps Lapangan Terbang Sandakan Milik Filipina?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SANDAKAN, 18 Ogos 2022 – Rakyat Malaysia terutamanya warga Sandakan digemparkan dengan penukaran nama Lapangan Terbang Sandakan (Sandakan Airport) dalam Google Maps.

Menurut admin laman Facebook Sandakankini, mereka percaya bahawa penukaran nama dari Sandakan Airport kepada Sandakan Airport of the Philippines itu dilakukan oleh penggodam.

Oleh itu mereka memohon bantuan warga Sandakan terutamanya untuk menghantar sekurang-kurangnya 100 permohonan kepada pihak Google Maps bagi membetulkan kembali nama Sandakan Airport.

“#TERKINI – Nama Sandakan Airport di Google Maps diserang penggodam…  siapa yang kerja dekat Balai Polis PDRM, tolong bantu buat laporan polis dan MCMC, kerana penggodam masuk ke Google Maps tukar nama Airport Sandakan Ke Airport Philippines….  Mohon warga Sandakan, kita bersatu hati untuk edit balik itu nama kepada nama yang betul “Sandakan Airport, Sabah, Malaysia”. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 100 submission di Google Maps.”

“Min sudah buat suggest edit di Google Maps, tapi tidak cukup kuat… perlu banyak lagi submission,” kata admin Facebook itu

Pengguna media sosial lain juga menyeru kepada semua untuk beramai-ramai menghantar permohonan agar nama lapangan terbang ini kembali ke asal.

“Sangat tak kelakar bila melibatkan kedaulatan Malaysia. Jom ramai-ramai lapor kat Google pasal maklumat salah ni…” tegas seorang pengguna media sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: