Tempatan

TERKINI: Hujan Telah Melimpah Di Jalan-jalan Utama Kuala Lumpur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2022 – Hujan lebat telah mengakibatkan air bertakung di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, lapor Radio Trafik Astro menerusi hantaran di laman Twitternya.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Damansara, Jalan Tuanku Abdul Halim serta Lebuhraya Bukit Jalil.

Lapornya lagi, air yang bertakung turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 3 kilometer dari Pavilion hingga ke Bulatan Lumba Kuda.

Keadaan itu turut menjangkakan kelewatan di Jalan Bangsar menghala ke Jalan Travers termasuk dari arah bertentangan ekoran daripada hujan lebat.

Manakala di Jalan Tuanku Abdul Halim, banjir kilat dilaporkan berlaku berhampiran persimpangan Semantan sehingga menyebabkan kesesakan dari Taman Duta.

Di Lebuhraya Bukit Jalil pula, terdapat juga kereta yang tersangkut di kawasan air bertakung.

Justeru, Radio Trafik Astro mengingatkan orang ramai agar memandu dengan berhati-hati susulan keadaan tersebut.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan bahawa keadaan hujan yang tinggi daripada biasa telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Singapura meningkat sejak dua tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: