Tempatan
Kecemasan Terkini: Lebuh Raya Sesak Ekoran Lori Terbakar
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 – Terkini, Lebuhraya Pantai timur (LPT) melaporkan jalan km 20.8 menuju ke arah Kuala Lumpur sedang sesak susulan kebakaran yang melibatkan sebuah lori ‘low loader’.
Laporan yang dibuat melalui laman sosial Facebook itu memaklumkan, lori tersebut kini berhenti di lorong kecemasan.
Terkini, kerja-kerja memadam kebakaran dikatakan telah selesai dan hanya lorong kecemasan sahaja masih ditutup di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, keadaan trafik masih lagi terkawal. Lorong tengah dan perlahan telah dibuka walaupun trafik masih sesak dari Km 22.9 sehingga lokasi kejadian (Km 20.85 WB).