Bantah Hina Nabi: Polis India Belasah Muslim Dalam Himpunan Aman
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
HYDERABAD, 25 Ogos 20222 – Hyderabad terus menyaksikan ketegangan terutama selepas mahkamah membenarkan ikat jamin kepada ADUN BJP T Raja Singh pada hari Selasa.
“Apabila Muslim di Hyderabad melakukan protes secara aman terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. oleh pemimpin BJP, mereka telah diserang dengan kejam oleh polis radikal Hindutva,” kata CJ Werleman, kolumnis Byline Times dalam Twitternya.
Dalam satu laporan, seorang mangsa menyatakan bahawa polis menggunakan lathicharge (seperti belantan) dan membelasah mereka yang berhimpun secara aman bagi menunjukkan bantahan terhadap T Raja Singh.
Dalam laporan lain pula, dua lelaki menyatakan bahawa mereka telah dibelasah oleh kira-kira 25 lelaki di Begum Bazar ketika mereka pulang dari pejabat. Polis yang berada di sana langsung tidak munculkan diri walaupun selepas mereka meminta bantuan. Akibat dari kejadian, salah seorang dari dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.
Baru-baru ini, ADUN BJP, T Raja Singh didakwa mempromosikan permusuhan atas nama agama selepas menghina Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah video berdurasi 10 minit.
Dalam video itu, T Raja mengatakan, “Lelaki tua telah berkahwin dengan seorang gadis berdekad-dekad mudanya.” Kenyataan ini didakwa merujuk jelas kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan didakwa serupa dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh jurucakap BJP, Nupur Sharma Jun lalu.