Tempatan

Video Tular “Pesta Arak Bangsa Melayu Terengganu” : Kesahihan Sedang Disiasat – Exco Terengganu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 15 September 2022 – Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman memaklumkan Kerajaan Negeri itu sedang menyiasat video tular memaparkan pesta arak dan tarian yang melibatkan bangsa Melayu yang didakwa berlaku di Pulau Perhentian.

“Maklumat ini saya baru terima dan kita akan semak dahulu kesahihan video berkenaan.”

“Ada yang mengatakan ia video lama dan ada yang kata video baharu. Kami sedang siasat untuk dapatkan pengesahan bila ia berlaku dan akan ada tindakan susulan,” katanya sambil memberitahu video berkenaan telah dirujuk kepada pihak berwajib termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Menurutnya, tiada sebarang permit dikeluarkan terhadap aktiviti sedemikian malah pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti tidak bermoral di Pulau Perhentian.

“Pemantauan sentiasa dilakukan. Bukan sekali dua, banyak kali kita buat pemantauan dan tindakan juga pernah diambil berhubung kegiatan seumpama itu.”

“Namun, mereka pandai sorok kegiatan itu. Bila penguat kuasa datang tak ada siapa berani beri maklumat dan kerjasama,” jelasnya.

Pada malam Selasa, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik video yang memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari yang didakwa berlaku pada 10 September lalu di sebuah lokasi di Pulau Perhentian.

Hasil carian video berkenaan mendapati ia telah dipadam pada pagi Rabu, namun video yang sama telah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter pada hari yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: