Antarabangsa

Kartun ‘Peppa Pig’ Normalisasi Watak LGBT?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRITAIN, 09 September 2022 – Kartun animasi Peppa Pig didakwa memperkenalkan watak LGBT dalam episod terbarunya bertajuk “Keluarga” yang disiarkan pada Selasa lalu di Saluran 5 Britain.

Watak itu yang dinamakan Mummy Polar Bear dan Doctor Polar Bear didapati muncul dalam episod berkenaan apabila anak perempuannya bernama Penny melukis lukisan keluarga yang berpegangan tangan.

Kata anak perempuannya dalam episod itu, “Saya tinggal bersama ibu dan ibu saya lagi satu. Seorang ibu ialah doktor dan seorang lagi memasak spageti.”

Lapor media antarabangsa itu, selain Peppa Pig, terdapat juga siaran kanak-kanak lain yang menggambarkan watak sejenis seperti My Little Pony: Friendship is Magic dan Doc McStuffins yang memaparkan watak lesbian serta Arthur yang memaparkan watak gay.

Pengarang “The Ultimate Guide for Gay Dads”, Eric Rosswood bahkan mengucapkan terima kasih kepada pengarang rancangan itu menerusi Twitternya dengan mengatakan “Bagusnya?! Anak perempuan kami sukakan rancangan ini dan persembahannya sangat bagus.”

Sebelum ini, lebih daripada 12 negara yang majoritinya Muslim menolak tayangan filem ‘Lightyear’ dari klasik Pixar – ‘Toy Story’ sebagai tanda penentangan terhadap perkahwinan di antara dua watak wanita dalam filem tersebut.

Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim menyeru para ibu bapa tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama menolak sebarang indoktrinasi LGBT ke atas anak-anak melalui kartun kegemaran mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: