Antarabangsa

Polis India Rotan Muslim Secara Kejam di Tempat Awam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 06 Oktober 2022 – Beberapa orang lelaki beragama Islam telah dirotan dengan kejam menggunakan sebatang kayu oleh pihak polis Gujarat, sebuah kawasan yang didominasi oleh Bharatiya Janata Party (BJP), parti pemerintah di India.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh sebuah akaun di Twitter, kelihatan sembilan orang lelaki dilibas dengan kayu secara kejam, di mana mereka diikat pada sebuah tiang dan dipukul tanpa belas kasihan.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan penonton pula kelihatan tersenyum dan bersorak sambil melantunkan sorakan “Selamatlah India!”.

Sembilan orang lelaki tersebut didakwa kononnya telah membaling batu ketika sebuah upacara tarian Garba dijalankan.

Hal ini diselar oleh pengguna media sosial, di mana seorang pengguna meluahkan rasa kesal terhadap keadaan di India.

“India dah jatuh terlalu rendah di bawah BJP & Modi. Saya tertanya-tanya jika ia boleh kembali dipanggil negara bertamadun,” ujar beliau.

“Bagaimana mereka ini berbeza dengan Taliban?” soal pengguna  yang lain pula.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: