Pembentukan Kerajaan Pasca PRU-15, Kemelut & Perbezaan Perlu Diselesaikan Dalam Kerangka Perlembagaan Negara
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – “Apa yang penting jika ditanya pendapat saya, kesemua kemelut ini yang pertamanya perlu diselesaikan dalam kerangka Perlembagaan kita, bukan kita dengan mudah meminda Perlembagaan dan perlulah mengukuhkan jati diri negara berpaksikan Perlembagaan kita. Ini satu pendekatan bagaimana boleh menguruskan perbezaan,” ujar Pakar Perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.
Menurutnya, saya lihat penggabungan ini seolah-olah sedang diusahakan oleh kepimpinan tertinggi dua parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) jika sekiranya ada kata sepakat saya tak nampak perkara ini akan jadi mustahil.
Walaupun kita dengar pada peringkat awal hanya 10 orang sahaja yang mengikuti Datuk Seri Zahid Hamidi kemudian 20 orang lagi pasukan yang diketuai oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang ingin meneruskan kerja sama dengan Pakatan Nasional (PN).
Jadi kita lihat walaupun terdapat falsafah perjuangan yang bertentangan itu sama ada ia benar-benar satu fakta ataupun persepsi kita perlu mengkaji dengan lebih teliti dan terperinci. Pertamanya kita boleh buat perbandingan manifesto di antara BN dan PH baru-baru ini, itu secara ringkasnya. Sama ada mereka ini sekarang bergerak dalam satu fasa perjuangan yang berbeza atau seolah-olah sudah ada persamaan dari sudut perjuangan.
Dari sudut PH mereka ada DAP dan dari sudut BN mereka ada MCA dan juga MIC. Kalau kita lihat ramai yang observe dari sudut DAP dan MCA pun mereka mempunyai idaman yang sama cuma cara pendekatan dan pergerakan itu mungkin agak berbeza.
Jelasnya, kalau kita lihat DAP ini agak menakutkan kepada orang Melayu dan sikap MCA ini barangkali kerana pergaulan dengan majoriti orang Melayu dalam UMNO maka mereka ini dilihat lebih mesra dan tidak menimbulkan kata-kata kasar dan isu-isu yang sensitif.
Tetapi walau bagaimanapun, isu tuntutan vernakular, UEC dan Kewarganegaraan terbuka dan juga dari sudut kepentingan untuk meletakkan keutamaan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan pun ramai yang melihat MCA ini agak senada dengan DAP.
Jadi untuk mengatakan sama ada terdapat jurang perbezaan perlu dibuat satu tinjauan, cuma yang pasti DAP ini agak kelihatan keras dari segi penekanan kuasa rakyat sedangkan kita ada peruntukan Perlembagaan dan sepatutnya diurus mengikut Perlembagaan tetapi DAP lebih gemar melaungkan dan menggunakan kuasa rakyat dan demokrasi cara mereka yang tidak menampakkan tadbir urus, adab yang ada dalam berperlembagaan dan tidak mengukuhkan prinsip yang ada di dalam Perlembagaan yang lebih mesra kalau kita berbicara dengan orang lain.
Walaupun pendekatan DAP apabila mereka berkuasa, cara pendekatan, cara mereka membawa diri dan berhubung dengan orang juga tidak begitu mesra rakyat. Barangkali ini sedikit sebanyak menampakkan jurang perbezaan.
“Saya percaya, dan sudah menyaksikan bahawa dalam politik ini musuh tidak kekal kawan pun tidak kekal dan kalau kita lihat sejarah sekalipun parti seperti PAS pun pernah bersama satu ketika dulu dengan DAP jadi sudut penerimaan akar umbi ada satu perkara yang memerlukan penjelasan cuma cabarannya sudah ada resolusi PAU tidak dengan Anwar tidak dengan DAP dan tidak dengan Bersatu.”
Persoalan berhubung Pindaan Perlembagaan larangan bertukar parti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.
Dikatakan, Ahli Dewan Rakyat mempunyai prinsip yang bertentangan dengan prinsip parti. Sekiranya seorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai prinsip yang bertentangan dengan prinsip parti menyebabkan keanggotaan beliau digugurkan berdasarkan Perlembagaan parti tersebut iaitu ceases to be a member maka Ahli Dewan Rakyat tersebut dianggap telah bertukar parti dan perlu mengosongkan kerusinya.
Bagaimanapun, Dr Wan Ahmad Fauzi berkata, peruntukan undang-undang tidak seperti ini jika kita rujuk Akta A1663.
Seorang ahli parti yang digugurkan dari parti tidak menggugurkan jawatan Parlimen, tetapi dia tidak boleh menganggotai parti yang lain. Jika dia menyertai parti yang lain maka dia dianggap telah meninggalkan parti ketika bertanding.
Jelasnya, mereka mengukur kepentingan itu mengikut keutamaan mereka, jika kepentingan yang lebih besar mereka boleh saja menguruskan dan meletakkan perkara yang bercanggah di peringkat bawah dan mereka boleh ‘deal later’ dan itu memang tidak menjadi suatu yang pelik bagi ahli politik.
Saya percaya dari sudut UMNO, presiden dan juga pimpinan yang memutuskan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga PH akan bawa perkara ini kepada PAU sama ada untuk ratifikasi mahupun mungkin mereka akan menarik balik keputusan penggabungan jika sekiranya PAU tidak meluluskannya kerana saya percaya kepentingan masa itu akan sentiasa berubah.
Sama ada ia menunjukkan kestabilan atau tidak kestabilan saya melihat dari dua sudut pendekatan yang pertama common purpose, common perjuangan dan common objektif di mana mereka ini mempunyai perkara yang sama yang diperjuangkan.
Yang keduanya, perkara yang tidak boleh bersama atau perkara yang boleh dirundingkan lagi. Ada juga perkara yang sememangnya tidak boleh bersama iaitu perkara yang menjadi tabu ataupun pantang larang.
Kalau kita lihat syarat yang dikemukakan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) contohnya dengan syarat yang dikenakan bukan sahaja berpandukan kepada MA63 tetapi juga bergantung kepada laporan yang ada dinyatakan. Jadi saya lihat GPS bukan sahaja mempunyai kerangka yang begitu luas sehingga mencabar kedudukan Persekutuan yang pada hari ini apabila mereka menganggap mereka equal dengan Persekutuan dan mereka tidak menamakan diri mereka negeri di dalam Persekutuan. Yang kedua kita lihat PAS sebuah parti Islam yang komited untuk menegakkan dan melaksanakan prinsip syariah dalam pentadbiran negara kita. Satu perkara yang mudah kalau kita tengok RUU355 apa yang saya fahami RUU355 ini tidak mendapat sambutan oleh GPS jadi adakah ini akhirnya dapat mencapai titik penyelesaian?
Jadi kita lihat sama ada di dalam kerjasama PN dan lain-lain dan juga kebarangkalian PH dan juga BN mereka bukan sahaja ada persamaan tetapi ada banyak juga ketidaksamaan jadi macam mana mereka menguruskan itu memerlukan satu perhatian pucuk pimpinan.