Antarabangsa

Kos Sara Hidup Meningkat, Warga Britain Kurang Makan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 20 Oktober 2022 – Jutaan warga United Kingdom (UK) kini terpaksa mengurangkan makan mereka berikutan krisis lonjakan kenaikan kos sara hidup, sebagaimana yang dinyatakan oleh sebuah kumpulan pengguna pada Khamis lalu.

Kumpulan tersebut turut meramalkan bahawa lebih ramai akan mendepani risiko kemiskinan bahan api, setelah mana negara tersebut bertindak menbendung pembekuan harga bahan api.

Berita mengenai hal ini muncul setelah data menunjukkan inflasi di UK telah melonjak melebihi 10 peratus pada September dan kadar kenaikan harga makanan di negara tersebut telah naik secara berleluasa.

Separuh daripada isi rumah di UK kini telah mengurangkan jumlah makanan mereka sebagaimana yang dimaklumkan oleh sebuah kumpulan pengguna, yang menyatakan bahawa mereka telah menjalankan kajian berkenaan hal tersebut dan ianya telah melibatkan soal selidik dengan sejumlah 3000 peserta.

Jumlah yang sama juga mendapati bahawa mereka kini sukar untuk memperoleh makanan yang sihat, berbanding dengan sebelum berlakunya krisis.

Selain itu, hampir 80 peratus daripada peserta kaji selidik terbabit mengatakan bahawa mereka kini mengalami masalah kesukaran kewangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: