Tempatan

Mossad Buru 6 Lagi Warga Palestin Di Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – Mossad, agensi perisikan Israel dipercayai sedang menyasarkan sekurang-kurangnya enam lagi warga Palestin yang menetap di Malaysia, lapor berita tempatan.

Beberapa orang daripada mereka adalah ahli akademik di universiti tempatan yang memberi syarahan dalam bidang profesional termasuk bidang kejuruteraan.

Melalui sebuah laman propaganda Israel, ikon bendera Malaysia jelas menunjukkan senarai sasaran rakyat Palestin yang berada dalam radar Mossad dan kemungkinan mereka hanya menunggu masa sahaja untuk menjadi mangsa penculikan atau pembunuhan seterusnya.

Selain itu, laman tersebut turut memaparkan gambar terkini lelaki warga Palestin menjalani rutin harian mereka, gambar kenderaan mereka yang dimuat naik sebagai mesej halus, status berkahwin, maklumat isteri dan juga maklumat mengenai anak-anak mereka.

Misi menghapuskan sasaran tertentu yang diterajui Mossad itu dikatakan bertujuan untuk memusnahkan program pejuang Palestin, HAMAS yang menghantar saintis dan jurutera Palestin ke luar negara.

Mossad menegaskan kepastian mereka bahawa sasaran berkenaan berada di negara-negara termasuk Malaysia untuk mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi dan persenjataan bagi memerangi negara Yahudi itu.

Baru-baru ini media melaporkan mengenai beberapa orang rakyat Malaysia yang berkhidmat untuk Mossad dalam kes penculikan dua lelaki warga Palestin, namun operasi tersebut gagal selepas pihak berkuasa berjaya menyerbu lokasi kejadian.

Mossad, bagaimanapun, tidak memberi respon terhadap dakwaan melibatkan operasi terbaharu yang gagal itu, walaupun media rejim haram aparteid Israel turut membuat liputan terhadap isu berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: