Antarabangsa

Fenomena Cuaca Ekstrem: Viral Video Thailand Turun Salji

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 13 Oktober 2022 – Tular di laman sosial memaparkan fenomena rumput membeku dan suhu jatuh ke paras 0 darjah celcius di Doi Inthanon, Thailand.

“Sekarang saya berada di Doi Inthanon. Sejuk pagi ni, suhu 0. Boleh tengok, dah jadi ais kawasan ni,” kata seorang pengguna TikTok, @azmanali_rider dalam videonya yang menunjukkan kawasan rumput di tepi jalan berubah menjadi warna putih akibat beku.

“Ni yang putih-putih ni semua ais. Dah jadi salji kat sini. Pokok-pokok ni semua dah jadi ais,” kata beliau lagi.

Fenomena ini bukan kali pertama berlaku kerana pada 26 Disember 2019 lalu, Ketua Taman Negara Doi Inthanon, Kitsiam Khongsatri, mengesahkan bahawa suhu bawah sifar direkodkan pada 5 pagi sebelum meningkat kepada 3 darjah Celcius.

Beliau percaya suhu boleh merosot lebih tinggi kerana musim sejuk diramalkan akan kekal untuk seketika.

“Doi Inthanon, gunung tertinggi di wilayah Chiang Mai, telah melaporkan suhu di bawah sifar apabila musim sejuk semakin memuncak,” lapor sebuah portal Thailand pada 2019 lalu.

Menurut komen-komen dari pengguna media sosial lain, cuaca di beberapa kawasan di Thailand seperti Doi Inthanon, Lamphun dan Chiang Rai sememangnya sejuk.

“Setahu saya, semakin kita naik ke Utara Thailand cuaca memang semakin sejuk.,” kata BRO NAN.

Perkara ini dipersetujui oleh seorang lagi pengguna TikTok, Yurid Aziz yang berkata, “Doi Inthanon memang sejuk utara Thailand antara November sampai Februari…”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: