Tempatan

KKM Sahkan Terima Laporan 26,005 Kesan Mudarat Vaksin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 08 April 2022 – Sebanyak 26,005 laporan kesan mudarat susulan imunisasi (AEFI) telah direkodkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada kadar 377 laporan bagi setiap sejuta dos sehingga 1 April lalu, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarah NPRA, Dr Roshayati Mohamad Sani, kesan mudarat itu termasuklah 1,526 laporan melibatkan penerima dos penggalak dan 264 laporan dalam kalangan penerima vaksin golongan kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun.

“Demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan merupakan antara kesan advers yang paling kerap dilaporkan oleh penerima vaksin. Kesan-kesan ini biasanya akan pulih dalam masa satu hingga dua hari.”

Manakala, sebanyak 1,823 laporan atau bersamaan 26 laporan bagi setiap sejuta dos pula dikategorikan sebagai AEFI serius berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia merujuk kepada kesan yang menyebabkan kemasukan ke wad atau pemanjangan tempoh di wad, membahayakan nyawa, menyebabkan kehilangan upaya yang signifikan atau memerlukan intervensi untuk mencegah kerosakan kekal tubuh, menyebabkan kecacatan semasa lahir atau disyaki menyebabkan kematian.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media menafikan bahawa banyak tuduhan yang mengatakan bahawa dos penggalak telah menyebabkan kesan advers yang serius.

Jelas Khairy Jamaluddin, majoriti AEFI yang dilaporkan untuk dos penggalak adalah ringan dan biasanya akan pulih dalam tempoh masa beberapa hari sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: