Tempatan

Lelaki Perak Bunuh Diri Tertekan Positif COVID-19

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TELUK INTAN, 27 Mac 2022 – Seorang lelaki berusia 54 tahun yang disahkan positif COVID-19 ditemukan mati dalam keadaan terapung di Sungai Perak berhampiran sebuah restoran di Dataran Udang Galah, Teluk Intan, Perak, semalam.

Mangsa yang memakai baju dan seluar pendek dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 3.36 petang.

Ketika ditemui, mangsa masih memakai gelang berwarna merah jambu Kementerian Kesihatan (KKM) di pergelangan tangan kiri.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang masih bujang serta tinggal berseorangan didapati masih dalam tempoh kuarantin dan dipercayai tertekan kerana dijangkiti COVID-19.

“Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah dari Jumaat lalu hingga hari ini,” jelas Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya.

Hasil bedah siasat tidak menemukan apa-apa kesan luka luaran akibat perbuatan jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: