Tempatan

KKM Tambah Baik Kemudahan Untuk Doktor Kontrak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 Jun 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan beberapa kemudahan kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak yang sedang melengkapkan khidmat wajib atau masih menjalani latihan siswazah.

Katanya, keputusan ini dibuat hasil dari Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai tahun lepas.

“Kerajaan bersetuju memberi kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib.”

“Selain itu, kerajaan juga bersetuju akan pemanjangan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani latihan siswazah atau khidmat wajib.”

Jelasnya, keputusan pemanjangan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah diharapkan dapat menangani isu ketidaksetaraan pemberian kemudahan ini antara pegawai lantikan kontrak yang sedang menjalani latihan siswazah atau khidmat wajib dengan pegawai lantikan kontrak yang sudah melengkapkan khidmat wajib.

Tambahnya lagi, pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib juga akan dapat menikmati kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal sebagaimana dinikmati pegawai lantikan kontrak yang telah melengkapkan khidmat wajib.

“Memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan hari ini adalah satu daripada usaha dan komitmen berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menambahbaik dan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan selamat kepada masyarakat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: