Tempatan

Gelandangan Buang Makanan Sempena Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 08 April 2022 – “Semua berebut nak buat amal bulan Ramadan. Tapi jangan sampai membazir dan menyusahkan. Tiap tahun ulang-ulang benda sama, ego taknak belajar or kerjasama, semua nak kejar nama.”

Kenyataan itu dikeluarkan seorang pengguna laman sosial Twitter, @Mulut_Cabai mengenai isu pembaziran makanan yang berlaku dalam bulan Ramadan akibat terlalu banyak makanan yang disedekahkan kepada gelandangan pada setiap hari.

Hal ini berlaku apabila ramai masyarakat yang berlumba-lumba untuk melakukan kerja amal tanpa perancangan dan kerjasama yang baik sehingga pada akhirnya, mereka akan memberi sumbangan makanan tersebut pada tempat dan gelandangan yang sama.

“Setiap hari seorang gelandangan dpt 20 ke 30 BUNGKUS. Kau ingat perut dorang kawah kenduri?” ujar beliau apabila melihat terlalu banyak lebihan makanan yang terbiar sehingga menjadi basi dan tidak boleh dimakan.

Bagi mengelakkan pembaziran makanan ini terus berlaku, beliau memberi beberapa cadangan kawasan yang berlainan kepada orang ramai yang ingin bersedekah agar isu pembaziran dapat ditangani.

Kawasan yang pertama adalah Program Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur kerana mereka memerlukan makanan dan lebih afdal kerana setiap PPR memiliki banyak rumah. Menurut beliau, makanan itu perlu diberi kepada keluarga yang mempunyai ramai anak agar sedikit sebanyak dapat membantu meringakan bebanan keluarga tersebut.

Hospital juga merupakan tempat yang dicadangkan kerana makanan itu dapat dikongsikan bersama para doktor serta jururawat dan waris pesakit yang setia menjaga ahli keluarga mereka sehingga tiada masa untuk keluar membeli juadah berbuka, moreh mahupun sahur.

Lebih memudahkan lagi apabila orang ramai dapat berkongsi makanan itu bersama pengawal keselamatan di mana-mana kawasan tanpa mengira bangsa ataupun warganegara kerana mereka juga memiliki tanggungan yang banyak dengan gaji yang tidak besar.

“Student-student Kolej, TVET yang tiada kemampuan untuk membeli juadah berbuka atau sahur. Jangan asyik fokus Uni besar2 yang ramai tumpuan,” cadang beliau lagi.

@Mulut_Cabai mengakhiri cadangan beliau dengan menggalakan kerjasama dengan mana-mana NGO dan geng sukarelawan yang sudah lama melakukan kerja-kerja amal seperti ini bagi mengelakkan pertembungan sumbangan yang berlebihan.

“Bijak memberi, elakan pembaziran. Penerima bantuan BUKAN pemenang hadiah hamper cabutan bertuah,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: