UMNO Pilihan Ketiga Orang Melayu – KJ
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 01 Februari 2023 – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, meskipun pernah menjadi wadah utama perjuangan politik Melayu, UMNO kini hanya menjadi pilihan ketiga orang Melayu selepas parti PAS dan BERSATU.
Lebih menyedihkan, kini orang Melayu sudah tidak menganggap tanpa UMNO, isu agama dan bangsa tidak terbela.
BACA JUGA: Dana RM4 Bilion: Bersatu Dedah Penyata Akaun, Cabar PKR & DAP Buat Serupa
BACA JUGA: Tebaran Rumpun Bangsa Melayu Polinesia Sudah Menghampiri 400 Juta Orang
“Malangnya orang Melayu sudah ‘move on’ daripada Umno, ujar Khairy Jamaluddin yang juga memaklumkan orang Melayu kini sudah mencari wadah lain untuk memperjuangkan isu-isu tersebut.
Menyifatkan bahawa UMNO yang memerlukan perubahan, beliau berkata pentingnya untuk mendapatkan presiden yang mempunyai mandat daripada ahli UMNO dengan mempertandingkan semua jawatan.
“Penting untuk dapatkan presiden yang ada mandat. Kalau Zahid menang, Zahidlah. Tanpa mandat daripada ahli, orang Melayu akan berkata kita tidak berani nak buat perubahan dalam parti.”
Beliau turut menambah, UMNO kini dilihat masih relevan selepas melengkapi Kerajaan Campuran yang diketuai Pakatan Harapan (PH) kerana memperoleh 26 kerusi, paling rendah dalam sejarah Pilihan Raya Umum iaitu PRU15.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah jaminan bahawa UMNO masih diperlukan pada PRU akan datang.
“Katakan pada PRU16, kita hanya tinggal 15 kerusi, siapa hendak pandang kita?” Soal Khairy Jamaluddin.